Nature

SUATU KETIKA DAHULU | KAYANTIGERS

SUATU KETIKA DAHULU | KAYANTIGERS

HOKI SK KAYAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Suatu ketika dahulu SK Kayan Sitiawan Perak mempunyai sebuah Pasukan Hoki Lelaki yang hebat di Daerah Manjung Perak. Ia sekitar tahun 2004/2005 hingga 2011. Ini adalah hasul kerja kuat Guru Besarnya iaitu Arwah Cikgu Abdul Aziz bin Abdul Majid (meninggal dunia pada 6 Januari 2022). 

Pasukan Hoki ini mendapat Jolokan Kayan Tigers. 

Pemain dilatih seawal usia Darjah 1 lagi. Hampir setiap paga sebelum bermula kelas PDP, murid akan berada di gelanggang yang dibuat khas berlantaikan simen untuk berlatih memukul dan mengawal bola. 

Hampir setiap minggu juga hari Khamis pasukan ini akan berlatih di Padang Hoki Majlis Perbandaran Manjung.

Pasukan ini berjaya mempertahankan Kejuaraan Peringkat Daerah Manjung selama lebih 8 Tahun berurut-turut. 

Hampir setiap tahun, pemain dari SK Kayan ini akan dipanggil oleh sekolah menengah yang mempunyai pasukan hoki seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Anderson Ipoh atau SM Simpang Empat. 

Lahir juga 2 orang pemain Malaysia daripada Pasukan Hoki Kayantigers ini.

LOGO SEKOLAH SK KAYAN

LENCANA SK KAYAN
SK KAYAN


LOGO KAYAN TIGERS LAMA

LOGO KAYAN TIGER LAMA
KAYANTIGERS

LOGO KAYAN TIGERS BARU

LOGO KAYANTIGERS BARU
KAYANTIGERS


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post