Nature

SEJARAH SUKAN BOLING SK KAYAN

 SEJARAH SUKAN BOLING SK KAYAN

SEJARAH BOLING

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Saya kongsikan bagaimana saya mula wujudkan Sukan Boling di SK Kayan. Semuanya bermula pada tahun 2013. 

2013

Sebuah gelanggang untuk permainan Boling Tenpin telah diwujudkan di Bilik Guru dengan mengunakan papan lapis. Guru Besar ketika itu Encik Mohd. Shalehin bin Suratman telah mengusahakan untuk membeli bola boling sebanyak 4 biji dan jugak pin boling terpakai dari pusat boling.

Seramai 4 orang pemain telah dipilih pada peringkat awal iaitu 2 orang lelaki dan2 orang perempuan. Kedua-dua orang lelaki ialah dari Tahun 4 dan 2 orang perempuan dari Tahun 4 dan Tahun 3.

 



Ini merupakan gelanggang asal. Hanya menggunakan 2 keping papan lapis dan sebidang karpet. Pemain hanya berlatih untuk membuat balingan dengan cara yang betul sahaja. 

2014

Setelah mereka menguasai kemahiran asal melontar bola, pada Januari 2014 merupakan kali pertama mereka bermain di gelanggang sebenar iaitu di Pusat Boling Kampung Koh Sitiawan. 


Kali pertama bermain di Pusat Boling Kampung Koh Sitiawan (Manjung Bowling Centre). Pusat boling ini telah ditutup selepas Hari Raya Puasa 2022.


Nur Syasya Masturina binti Ibrahim (Tahun 4)
Mendapat Tempat Ketiga Acara Individu Kejohanan Boling MSSD Manjung 2014.

Penyertaan kali pertama dalam Kejohanan Boling Tenpin Sekolah Rendah Bawah 12 Tahun. Mendapat tempat Ke-3 acara individu. Layak mewakili Daerah Manjung ke Kejohanan MSSPk 2014. 


Nur Syasya Masturina binti Ibrahim (4 dari kiri) telah mewakili Daerah Manjung ke Kejohanan Boling Tenpin MSS Perak pada Tahun 2014 bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun.

2015

Pada Tahun 2015, gelanggang ini telah dinaikkan taraf sedikit dengan penambahan papan lapis dari 10 kaki menjadi 20 kaki. Ia lebih panjang dan memberi pengalaman yang hampir sama dengan gelanggang sebenar. Latihan telah dipertingkatkan kepada 2 kali seminggu iaitu hari Selasa dan Khamis selepas waktu persekolahan selama 1 jam. 


Gelanggang yang telah dinaik taraf pada Tahun 2015.

Kecemerlangan diteruskan pada Tahun 2015, Nur Syasya Masturina bt Ibrahim murid Tahun 5 telah menjadi JOHAN Kategori Individu Perempuan Bawah 12 Tahun Kejohanan Boling Tenpin MSS Daerah Manjung 2015. Beliau sekali lagi akan mewakili Manjung ke Kejohanan MSSPk di Ipoh Perak.
Pada tahun ini juga Adik Syasya ditemani adik Iklil Batrisya bt Rasydi ke Kejohanan MSSPk. Adik Iklil Batrisya telah mendapat tempat Ke-3 dalam Kejohanan MSSD Manjung. 2 orang wakil dari SK Kayan untuk Perempuan Bawah 12 Tahun.
Nur Syasya Masturina (Tahun 5)
Johan Individu P12 MSSD Manjung


Iklil Batrisya binti Rasydi mendapat tempat Ke -3 dan juga memperolehi pingat untuk Jatuhan Pin Tertinggi semasa Kejohanan Boling Tenpin MSS Daerah Manjung 2015. Beliau juga layak mewakili daerah Manjung pada tahun tersebut.

Pasukan Boling Tenpin SK Kayan 2015. 4 orang pemain iaitu Iklil Batrisya, Nur Syasya Masturina, Syafiqzul Adha dan Alfan Naim.



Pada Tahun 2015, adik Nur Syasya Masturina telah menyertai Sirkit Boling Tenpin MSSPk / PTBA. Dia berjaya mendapat Tempat Ke-2 pada Sirkit 1 dan Ke-5 pada Sirkit 3. Keseluruhannya dia layak ke Acara Grand Final dan mendapat tempat  Ke-4. Dia telah dipilih untuk menyertai DREAM TEAM dan dibawa menjalani latihan selama 1 minggu di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor.

Pasukan Dream Team Perak 2016. Nur Syasya Masturina (bulatan) ketika itu berusia 11 Tahun dari 
SK Kayan.

3 orang pemain yang mewakili SK Kayan dalam Sirkit MSSPk/PTBA 2015 yang diadakan di Ole-Ole Bowling Mydin Meru Jaya, Ampang Superbowl Ipoh Parade dan Ipoh Bowl Kinta City. Hanya adik Nur Syasya Masturina sahaja yang layak ke acara Grand Final.

2016

2016, penambahbaikan pada gelanggang boling SK Kayan. Guru Besar, A Zamri bin Husin telah berusaha membeli papan lapis yang lebih tebal dan panjang LANE ditingkatkan kepada 40 kaki. Pemain lebih merasai pengalaman seperti bermain di gelanggang sebenar. 

Program pembangunan diteruskan lagi dengan mengambil pemain baharu dari Tahun 4 seramai 4 orang. Mereka ialah adik Hafizi, Adik Shahrul Amri, Adik Muhaimin dan Adik Ariff Rusyaidi.
Guru Besar, A Zamri bin Husin turut memberi sokongan dengan melatih pemain. Antara yang turut membantu latihan di sekolah ialah Cikgu Zaharul dan Encik Aqil, Juruteknik Komputer.
PAK MALAU
2016, Sirkit MSSPk/PTBA 2016 Adik Nur Syasya Masturina telah mendapat tempat Pertama pada Sirkit 1, tempat Ketiga pada Sirkit 3. Beliau layak bertanding dalam acara Grand Final dan mendapat tempat Ketiga. 
Beliau layak mewakili PERAK ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2016 di Ipoh Perak. 


 NO 3 pada Sirkit 3 MSSPk/PTBA 2016


NUR SYASYA MASTURINA

NO 3 dalam Grand Final Sirkit MSSPk/PTBA 2016 di Ipoh Perak. 



Adik Nur Syasya Masturina binti Ibrahim (bulatan) dari SK Kayan telah berjaya mewakili Perak dalam Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2016 yang diadakan  pada 8 – 13 Ogos 2016 di Ipoh Bowl Kinta City Ipoh Perak. Beliau mewakili Perak untuk Kategori Perempuan Bawah 12 tahun. Ini merupakan satu kejayaan besar bagi beliau di sekolah rendah iaitu mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Namun beliau tidak menyumbang sebarang pingat untuk negeri Perak. 


Bersama Jurulatih sebelum bermula acara Beregu Perempuan Bawah 12 tahun

Pada bulan November 2016, satu Program Pembangunan Boling Tenpin Daerah Manjung Bawah 11 Tahun telah diadakan. Seramai 5 orang murid SK Kayan telah mengambil bahagian. Adik  Arif Hafizi dan Adik Muhaimin telah mendpat pingat. Ini merupakan permulaan yang baik bagi pelapis SK Kayan. Mereka merupakan murid Tahun 4 dan Tahun 3.


2017


Pemain pelapis SK Kayan untuk Tahun 2017. 3 orang murid Tahun 4.

Dua orang Jurulatih yang membantu melatih pemain boling SK
Kayan. En Mohd Aqil, Juruteknik Komputer dan CIkgu Zaharul
Fahmi.
Latihan dua kali seminggu selama 1 jam iaitu hari Selasa dan
Khamis. Hari Selasa untuk pemain yang lama dan hari Khamis
untuk pemain baharu. Latihan bermula selepas waktu
pembelajaran iaitu pukul 1.30 – 2.30 petang.


2017, Kejohanan Boling Tenpin MSS Daerah Manjung pada 17 April 2017 di Manjung Bowling Centre. SK Kayan menghantar 4 orang pemain iairu Adik Shahrul Amri, Adik Muhaimin, Adik Ariff Rusyaidi dan Adik Wafiuddin (Tahun 3). Tiada kejayaan pada penyertaan sulung ini. Sekadar pendedahan awal pemain kepada kejohanan sebenar. Pemain telah berusaha sebaik mungkin, tetapi rezeki tidak memihak kepada mereka.


Usaha diteruskan lagi dengan menyertai Sirkit Boling Tenpin Manjung Sekolah Rendah. Pada Sirkit 1, 26 Julai 2017 SK Kayan telah menghantar 3 orang pemain Tahun 5. Akhirnya berbuah hasil. Adik Shahrul Amri telah mendapat tempat
ketiga, Adik Muhaimin mendapat tempat ketujuh dan Adik Ariff Rusyaidi mendapat tempat kesembilan Ketiga-tiga pemain SK Kayan berjaya merangkul pingat. Ini satu petanda yang baik bagi Sukan Boling Tenpin SK Kayan.


Pada Sirkit 2 ( 23 Ogos 2017) Program Pembangunan Boling Tenpin Daerah Manjung Bawah 11 Tahun sekali lagi SK Kayan menghantar 3 orang wakil. Pencapaian kali ini Adik Muhaimin mendapat tempat ke 7 dan Adik Syahrul Amri mendapat tempat ke 10. Tahniah, cuba lagi pada Sirkit 3 akan datang.

Syahrul Amri, Tempat Ke-10

Adik Muhaimin, tempat Ke 2, Sirkit 3 Program Pembangunan Boling Sekolah Rendah Daerah Manjung Pada 27 September 2017


Adik Syahrul Amri, tempat Ke 5, Sirkit 3 Program Pembangunan Boling Sekolah Rendah Daerah Manjung Pada 27 September 2017


Adik Ariff Rusyaidi, tempat Ke 8, Sirkit 3 Program Pembangunan Boling Sekolah Rendah Daerah Manjung Pada 27 September 2017.

2018

Pada tahun 2018, murid-murid SK Kayan sudah tiada yang melepasi peringkat daerah Manjung. Sekadar mereka mewakili sekolah sahaja. Mereka juga menyertai Sirkit Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPk) namun sekadar penyertaan sahaja.




Pemain boling SK Kayan Tahun 2018.

2019

Pada Tahun 2019, SK Kayan masih menghantar penyertaan dalam Kejohanan Boling MSSD Manjung. Namun mereka tidak berjaya meletakkan diri dalam kelompok 4 teratas untuk mewakili Daerah Manjung. 




2020

Pada tahun 2020, Malaysia telah diserang dengan Covid-19. KPM telah mengarahkan penutupan sekolah dan semua aktiviti kokurikulum dan sukan ditangguhkan. Bermakna tiada sukan sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan. 





Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post