Nature

PENGURUSAN PENTAKSIRAN - GURU MATA PELAJARAN

Pengurusan Pentaksiran : Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS).

moeis

Pengurusan Pentaksiran : Peranan Guru Mata Pelajaran

Bagaimana cara mengisi markah UASA dan PBD berterusan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran 

Langkah pertama Log In ke Sistem Pengurusan IDentiti (IDME)

https://idme.moe.gov.my/login


Setelah berjaya masuk, klik APLIKASI
Seterusnya PILIH PENGURUSAN PENTAKSIRAN
(Sebelum itu, PASTIKAN Guru Kelas telah mendaftar cikgu di kelas tersebut)
Kemudian, cari MENU Pentaksiran Bilik Darjah di bawah KEPUTUSAN dan pilih sekali lagi Pentaksiran Bilik Darjah. Seperti rajah di bawah.


Selepas itu, anda perlu mengisi/memilih/mencari Sesi Persekolah (Pastikan SESI AKADEMIK 2022/2023), Aktiviti (UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK / PENTAKSIRAN BERTERUSAN (AKHIR SESI AKADEMIK)), Status (BELUM DITAKSIR), Tahun/Tingkatan (PILIH TAHUN), Kelas (PILIH KELAS), dan Mata Pelajaran (PILIH MATA PELAJARAN). 

Dari semua maklumat pencarian di atas, JIKA semasa anda klik salah satu menu, contoh Kelas, anda boleh lihat jika TIADA Kelas yang anda ajar, maka hubungilah Guru Kelas. 

Klik setiap anak panah yang berwarna merah dan cari

Akhir sekali , TEKAN CARI. 

Jika pencarian berjaya, anda akan nampak paparan TAPAK pengisian UASA atau PBD. 
Perlu diingat, setiap mata pelajaran bagi SR Tahap 2, anda perlu mengisi UASA dan juga PBD Berterusan. Maka setiap mata pelajaran anda akan ada 2 tapak pengisian.


Anda boleh menyemak TAPAK UASA dan PBD Berterusan di Dashboard. Klik Dashboard selepas anda berjaya membuat pencarian.


Di situ terpapar 2 tapak, iaitu tapak pengisian PBD dan Tapak pengisian UASA untuk 1 mata pelajaran yang sama. Kedua-duanya perlu diisi.

Di Dashboard, anda boleh klik ikon orang untuk membuat pengisian. Atau klik sekali lagi Pentaksiran Bilik Darjah di Bawah MENU Keputusan dan lihat bahagian Tindakan. Klik ikon PENSEL untuk membuat pengisian. 

Klik ikon orang untuk membuat pengisian


Klik ikon pensel untuk membuat pengisian. 

Untuk pengisian Markah UASA, bagi SR Markah subjek teras ialah 50. Markah yang murid dapat tidak perlu dijadikan 100 markah.

Yang penting, jika tidak pasti lagi tentang PBD murid, PASTIKAN klik SIMPAN sahaja dahulu selepas pengisian. Jika berpuas hati baru klik HANTAR. 


Ketika mengisi PBD, anda lihat betul-betul TP yang dipaparkan sebelum klik. Ini kerana susunan TP tidak berurutan. Pastikan tidak tersalah tick TP. 

Sekian. harap dapat membantu

Anda boleh muat turun manual di sini

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post