Nature

LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN

 LAWATAN SEKOLAH PADA HARI PERSEKOLAHAN

SKKDSK


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

  Mengikut surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2022 yang bertarikh 1 Ogos 2022 berkaitan Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan, pihak sekolah boleh menganjurkan lawatan untuk murid-murid yang berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sama ada semasa cuti persekolahan mahupun semasa hari persekolahan.

  Bagi memastikan lawatan sekolah yang dirancang itu benar-benar memberi manfaat
kepada murid-murid yang mengikutinya, Surat Pekeliling Ikhtisas itu memperincikan
beberapa panduan yang perlu diikuti oleh setiap sekolah semasa merancang sebarang
Lawatan Sekolah pada hari persekolahan, iaitu:-

- Lawatan Sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi dua kali dalam setahun.
- Setiap Lawatan Sekolah mestilah tidak melebihi 4 hari berturu-turut termasuk hari
perjalanan.
- Sekolah-sekolah yang kurang murid (under enrolled) lawatan semasa hari
persekolahan boleh dibuat dengan syarat sekolah tidak ditutup sebaliknya
digalakkan supaya bergabung dengan sekolah-sekolah lain semasa membuat
lawatan.
- Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktiviti murid sebelum,
semasa dan selepas lawatan.
- Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikatikan dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

Lawatan boleh dibuat ke tempat-tempat seperti berikut (cadangan):-

Sains dan Teknologi / Alam Sekitar
• Planetarium
• Muzium Sains
• Petrosains
• Cyberjaya
• Wetland di Paya Indah & Putrajaya
• FRIM
• Zoo
• Taman Pertanian
• Stesen Satelit
• Kilang Elektronik
• Kilang Kereta/Motosikal
• Kilang Makanan
• Pelabuhan dan Perkapalan
• Lapangan Terbang

Mercu Tanda
• Bangunan Parlimen
• Masjid Negara
• Putrajaya
• Tugu Negara
• Menara Petronas
• Menara Kuala Lumpur
• Dataran Merdeka

Galeri
• Memorial Tunku Abdul Rahman
• Memorial Tun Abdul Razak
• Galeri Perdana (Langkawi)
• Balai Seni Lukis Negara

Kesenian dan Kebudayaan
• Istana Budaya
• Dewan Filharmonik Petronas
• Pusat Kraftangan
• Kilang Batik dan Songket

Sejarah
• Muzium Sejarah
• Kesan-kesan Sejaran
• Rumah Kelahiran Pemimpin Negara
• Tempat-tempat Bersejarah

Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti
yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN
SEKOLAH).

Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan bertarikh 28 Julai 2000.


MUAT TURUN SPI BIL 5/2022

MUAT TURUN SPI BIL 12/2000


LAWATAN KE PULAU PINANG

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post