Nature

JOHAN BOLA SEPAK DAERAH MANJUNG 2022


JOHAN BOLA SEPAK DAERAH MANJUNG 2022

JOHAN BOLA MANJUNG
 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun, Sekolah Kebangsaan Kg. Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung, Perak (SEDSKA) telah menjadi Johan dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Manjung 2022. Kejohanan tersebut telah diadakan pada 13 - 15 Julai 2022 di Padang SK Seri Manjung. 

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SEDSKA. Juga tidak dilupakan barisan pentadbiran yang diketuai oleh Guru Besarnya Pn Noor Azrina binti Mazlan serta pengurusan pasukan bola sepak yang terdiri daripada jurulatihnya, iaitu Cikgu Ahmad Fairus bin Pipit @ Zaaba serta penolong jurulatihnya Cikgu Abdul Rashid bin Abdul Majid serta pengurusnya Cikgu Farhana bt Mohd Sharipoddin.

Dua orang pemain dari SEDSKA telah terpilih mewakili Daerah Manjung ke Kejohanan Bola Sepak peringkat Negeri Perak di Bagan Datuk. Pasukan Manjung juga telah menjadi Johan di peringkat negeri ini. Seorang pemain dari SEDSKA telah terpilih mewakili Perak ke Kejohanan Bola Sepak MSSM 2022 di Kedah.

Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Bola Sepak SEDSKA.

Gambar sekitar kejohanan












Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post