Nature

10K SUBSCRIBERS

 10K SUBSCRIBERS

Syukur Alhamdulilah, Akhirnya saya berjaya mendapat 10 000 Subscribers pada hari ini (8 Disember 2022)

Walaupun Channel Pak Malau  https://www.youtube.com/@PakMalau bermula pada Tahun 2007 lagi, tetapi bergerak secara solo atau berseorangan amat sukar untuk mendapat SUBSCRIBE dan video pon tiada yang menonton. 

Pada masa itu, Channel ini hanya untuk menyimpan video-video program sekolah atau video keluarga sahaja. Tak pernah terlintas untuk menjadi seorang YOUTUBER yang aktif. Malah tidak ada ilmu sebagai seorang YOUTUBER pon. 

TETAPI sejak bersama Akademi Youtuber Malaysia (AYU) pada tanggal 1 JULAI 2020, perlbagai ilmu tentang YOUTUBER telah dipelajari secara percuma khas untuk warga pendidik seluruh Malaysia. AYU yang di asaskan oleh seorang guru yang bernama Mohd Suffi bin Yusof dari SK pangkalan TLDM dengan kerjasama Edidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia. 

Untuk Maklumat Lanjut boleh layari : https://www.akademiyoutuber.com  

Dengan semangat setia kawan dan slogan kita bantu kita, dalam masa 3 bulan sahaja saya telah berjaya masuk ke YPP setalah melepasi 1000 Subscribers dan 4000 jam tontonan.

Saya juga telah berjaya mendapat bayaran atau gaji daripada Youtube.

Pada hari ini Channel Pak Malau telah mendapai 10 000 Subscribers. Alhamdulilah


pak malau




Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post