Nature

PUISI TRADISIONAL- GURINDAM

 puisi tradisional- gurindam

PUISI TRADISIONAL- GURINDAM

Definisi Gurindam

MENURUT ZA’BA 1962,ILMU MENGARANG MELAYU.
Perkataan gurindam itu daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa difahamkan “rangkap yang telah menjadi bidalan” atau sebutan biasa pada orang ramai, ataupun, “sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya.

Menurutnya, gurindam itu ada yang memakai pertentangan bunyi sama di hujungnya, ada yang tidak, ada yang bersukat kerat-keratnya dan ada yang tidak pula, ada juga yang seperti karangan lurus sahaja, sekadarkan bahasanya ringkas dan cantik.
  • puisi lama yang terdiri daripada dua baris ayat atau kalimat
  • tiap-tiap baris terpancar suatu fikiran yang lengkap
  • dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan.
  • dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi.
Kesimpulannya, Gurindam terdiri daripada dua baris ayat yang rima akhirnya sama. Dalam kedua-dua 
baris ayat itu tersimpul satu fikiran lengkap  berupa nasihat.

Fungsi
  • Sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. 
  • Sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka
  • Dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal
Ciri-Ciri Gurindam
  • Gurindam bahasanya selalu padat dan bernas
  • Isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, dan sindiran giat yang  bermain-main dan menggeli-gelikan hati
  • Boleh melengah-lengahkan masa dan menggembirakan hati.
Ciri Gurindam
  • Puisi bebas dan tidak terikat
  • Jumlah perkataan sebaris tidak tetap
  • Rima - seirama
  • Mempunyai dua baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.
Baris pertama (syarat) - menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa
Baris kedua (jawab) - menyatakan keterangan, menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris pertama.

Setiap baris biasanya mempunyai tiga atau empat, enam atau lebih perkataan.

Gurindam serangkap 2 baris

Orang yang rajin membaca buku, 
Banyak ilmu ia tahu.

Gurindam serangkap 4 baris

Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza tinggi.

Gurindam bebas

Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut  sama  direnangkan.


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post