Nature

TEKNIK DAN AKTIVITI PDP - IMPROVISASI

 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran - Improvisasi

improvisasi

Konsep

Perihal melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, dan menggunakan bahan yang ada pada masa itu sahaja.

Dalam konteks pengajaran:
Merujuk kepada lakonan spontan yang mengisahkan sesuatu kejadian, peristiwa atau situasi sebenar yang pernah dialami murid.

Sesuai dilaksanakan untuk mengajar drama, cerpen, novel dan prosa klasik

Ciri-Ciri

Satu daripada ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanak-kanak akan di latih dengan kemahiran berfikir kreatif melalui pelbagai ransangan yang diwujudkan. Dalam hal ini, Heinig (1993) menyarankan beberapa aktiviti, antaranya termasuklah:
  • Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita bergambar
  • Berdasarkan props ( peralatan/ objek )
  • Improvisasi berdasarkan dialog
  • Berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan
  • Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu
  • Berdasarkan situasi seperti wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.
Langkah Pelaksanaan
  1. Guru bercerita di hadapan kelas bertajuk ‘Bangau yang Sombong’ dengan gaya dan intonasi yang betul.
  2. Guru boleh guna alat seperti topeng, boneka semasa bercerita untuk meningkatkan tahap penghayatan.
  3. 3 orang murid dipilih secara rawak untuk menjalankan aktiviti improvisasi
  4. Mereka diberi masa 10 minit untuk menyiapkan sebuah skrip ringkas berdasarkan cerita tadi
  5. 3 orang murid tadi diminta melakonkan kembali cerita di hadapan kelas mengikut kretiviti sendiri.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post