Nature

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH - PROSA MODEN (DRAMA)

 APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH - PROSA MODEN (DRAMA)

APRESIASI TEKS SASTERA SEKOLAH RENDAH - PROSA MODEN (DRAMA)

Prosa Moden (Drama)

Definisi Drama
  • Drama bererti perbuatan, tindakan. Berasal dari bahasa Yunani “draomai” yang bererti berbuat, berlaku, bertindak.
  • Drama juga dapat didefinisikan sebagai cerita yang dipentaskan, suatu cerita yang baru dapat dinikmati apabila sudah “diperagakan”, sudah diwujudkan dengan gerak-gerak dan kata di atas pentas atau panggung (Suharianto 2005: 61). 
Definisi Menurut Tokoh

ERWAN JUHARA
Drama merupakan jenis karya sastra yang dibangun oleh unsur intrinsik, satu kesatuan karya itu membentuk kesatuan (totalitas).

PRIYONO MANGUNREJO
Drama merupakan salah satu karya sastra yang lebih menonjolkan unsur dialog.

A. ISKAK & YUSTINAH
Drama adalah karangan yang berbentuk dialog atau percakapan antara para pemainnya.

Menurut Aristotle, Peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya, dan  satu  bayangan kebenaran. Plot merupakan penggerak utama sesebuah drama.

Ciri-Ciri Drama
  1. Aksi
  2. Konflik
  3. Persembahannya sekali jalan sahaja.
Jenis-Jenis Drama

Tragedi

Tragedi mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun watak itu cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik, tetapi dia tetap gagal. Contohnya Keris Laksamana Bentan oleh Shaharom Hussain. 

Komedi

Drama berbentuk komedi mengisahkan telatah lucu watak-watak di dalamnya. Tujuannya untuk menghibur di samping menyindir penonton-penonton secara halus. Contohnya Cam Ni Cam Tu oleh Hafsham

Opera

Opera mementaskan sebuah cereka dengan iringan muzik, nyanyian dan lakonan. Cerita-cerita yang biasanya dipersembahkan ialah cerita daripada Kesusasteraan Melayu Tradisional seperti Siti Zubaidah Perang China dan Jula Juli Bintang Tujuh. 

Trage-Komedi

Ada pula drama yang menggabungkan unsur tragedi dengan komedi. Drama jenis ini dinamakan trage-komedi. Contohnya Anak Kerbau Mati Emak karya Bidin Subari. 

Pantomin

Sesebuah drama dapat juga dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon-pelakonnya hanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi menunjukkan aksi dan perasaan yang maksudnya difahami penonton. 
Drama jenis ini dinamakan pantomin dan ia sering dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan yang besar-besar seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan. 

Bangsawan

Jenis drama yang terakhir ialah bangsawan yang merupakan pementasan yang bercorak tradisional dalam masyarakat Melayu. Bangsawan amat popular pada era sebelum Perang Dunia Kedua hingga selepasnya. 
Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh kumpulan-kumpulan bangsawan ini diambil daripada kisah-kisah tentang raja-raja seperti Hikayat Indera Bangsawan. 

FUNGSI DRAMA
  1. Perkembangan kreativiti dan estetika.
  2. Kebolehan berfikir secara kritikal. 
  3. Pertumbuhan sosial dan kebolehan bekerjasama dengan orang lain.
  4. Memantapkan ketrampilan berkomunikasi.
  5. Perkembangan nilai-nilai moral dan spiritual.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post