Nature

STRATEGI PENGAJARAN

 Strategi Pengajaran


Strategi pengajaran

  1. Pemusatan guru
  2. Pemusatan murid
  3. Berasaskan sumber
  4. Berasaskan tugasan
1. Pemusatan guru

Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai pembelajaran eksplisit.

Strategi pemusatan guru meletakkan guru ditengah-tengah aktiviti bilik darjah.

Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid.

Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah yang kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah.

Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan latihan amali yang lebih tinggi dan kerap.

2. Pemusatan murid.

Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam proses pembelajaran.

Strategi ini mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal.

Pengajaran dalam bilik darjah pemusatan murid menggalakkan lebih banyak penglibatan murid dalama ktiviti bilik darjah.

Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid.

Strategi ini didapati lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap yang positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.

Beberapa contoh strategi pemusatan murid ialah penerokaan, inkuiri dan penemuan, dan beberapa bentuk perbincangan.

Strategi pemusatan murid ini termasuk menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat berinterasi dengan guru dan murid lain.

Banding beza antara strategi pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan guru

Strategi Pemusatan Murid:
1. Banyak penglibatan murid
2. Interaksi murid dengan murid
3. Penerimaan dan penggunaan idea murid.
4. Kumpulan murid menentukan bagaimana hendak meneruskan dengan tugasan pembelajaran.
5. Perbincangan tentang pengalaman peribadi digalakkan.
6. Ujian dan gred bukan merupakan produk utama pembelajaran.
7. Murid mengongsi peranan dan tanggungjawab dalam penilaian
8. Guru Menekankan perubahan sikap.
9. Murid dilibatkan dalam menetapkan matlamat kelas.
10. Usaha dibuat untuk mewujudkan kesepaduan keals.
11. Teknik pengajaran , perbincangan, induksi, inkuiri.

Strategi Pemusatan Guru:
1. Banyak penglibatan guru.
2. Interaksi guru-murid.
3. Guru mungkin mengkritik, memperbetul, atau menolak idea murid.
4. Guru membuat keputusan dan menentukan aktiviti pembelajaran.
5. Perbincangan ditumpukan kepada kandungan kursus.
6. Ujian dan gred digunakan secara tradisi sebagai produk utama pembelajaran.
7. Guru sahaja yang berperanan dalam penilaian.
8. Penekanan adalah pada perubahan intelektual.
9. Matlamat ditentukan oleh guru.
10. Tiada usaha dibuat untuk mewujudkan kesepaduan kelas.
11. Teknik pengajaran, syarahan, deduktif, hafazan.

3. Berasaskan Sumber

Strategi ini meliputi penggunaan sumber yang luas seperti buku, panduan belajar, buku teks, buku kerja, video, dan perakam pita.

Bahan lain yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video.

Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan.

Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar mengikut kadar masing-masing, pada setiap masa dan ditempat pilihan mereka.

4. Berasaskan Tugasan

Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalama ktiviti atau tugasan yang memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang sedang mereka belajar.

Aktiviti atau tugasan tersebut juga membuka peluang kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan, atau scaffolding bentuk lain yang diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugasan mereka dengan jayanya.

Aktiviti yang dipilih dengan bijak perlu disampaikan dengan berkesan, dipantau, dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum.

Untuk itu, guru perlu terlebih dahulu menyediakan murid menghadapi sesuatu aktiviti, memberi bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti, dan menstruktur refleksi pasca aktiviti selepas sesuatu aktiviti.

Semasa memperkenalkan sesuatu aktiviti, guru perlu menekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dengan idea jelas akan matlamat yang ingin dicapai mereka.

Guru boleh scaffold dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau membantu tentang bagaimana memenuhi kehendak tugasan.

Sekiranya bacaan ialah sebahagian daripada tugasan, guru mungkin boleh meringkaskan idea utama, mengingatkan murid tentang strategi-strategi yang dapat memperkembangkan dan memantau kefahaman semasa mereka membaca, atau membekalkan mereka bahan yang boleh membantu mereka mempelajari bahan bacaan dengan cara yang betul.

Setelah murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru seharusnya memantau kemajuan mereka dan memberi bantuan sekiranya perlu.

Kebanyakan tugasan tidak akan mempunyai kesan sepenuhnya kecuali diikuti dengan refleksi atau debriefing.

Guru mengkaji semula tugasan bersama-sama dengan murid, memberi maklum balas umum tentang persembahan mereka, dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkannya kepada matlamat keseluruhan.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post