Nature

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

KONSEP TAMADUN



1. Definisi Tamadun

1.1 Menurut Bahasa Arab

    -  Istilah Hadharah
  • Asal dari kata " hadhara, yahdhuru, hadhratan"
  • Maksud: suatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan (mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam)
  • Lawan - al-badawah dan al-badiyah (liar dan pedalaman)
  • Digunakan abad ke2H oleh Jamil Nakhlah Mudawwar
    - Istilah Umran
  • Asal - "amara"
  • Maksud - kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur.
  • Lawan - kawasan kering atau terbiar
  • Ditemukan oleh Ibnu Khaldun dalam kitab al-muqaddimah Li kitab al-lbar akad ke 14
  • Sama dengan pengertian tamadun pada abad ke 20 yang diterjemahkan oleh Prof Franz Rosenthal : umran sebagai urbanization dan tamadun sebagai civilization.
  • Ciri umum menurut Ibnu Khaldun:
                - pegangan agama yang kuat
                - sistem kenegaraan yang tersusun rapi
                - kehidupan cara bandar
                - pencapaian kaedah penulisan yang tinggi
                - kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka
  • walaupun kedua istilah umran dan hadharah nampak berbeza tetapi menurut M.A. Beg keduanya boleh dipadukan.
    - Istilah Madaniah
  • Dari kata "madinah" bermaksud bandar
  • Maddanna bermaksud  - memperhaluskan budi bahasa dan memperelokkan tingkah laku serta membuka dan membuat bandar
  • Madani - pembangunan bandar dan perbuatan memperhalus budi pekerti
  • Maddana atau Madani berasal dari deen - bermaksud agama dan kehidupan beragama.
  • Wujud pertalian dalam civilization - tamadun muncul berkembang di bandar-bandar.
  • Muncul abad ke 20M dengan maksud tamadun tapi pernah digunakan Abu Nasr Al-Farabi pada abad ke 4H sekadar maksud bandar atau kehidupan kota.
  • istilah madaniyyah dengan maksud tamadun jelas dikemukan oleh Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh.
  • Menurut Muhd Farid Wajdi - suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan insfrustruktur.
    - Istilah Tamadun
  • Asal- tamaddana yang bermaksud - memiliki ciri-ciri hidup bandar atau memiliki sifat keinsanan sejati bertamadun.
  • Digunakan abad 20M oleh Jurji Zaidan : tamadun ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu peringatan dan suatu sistem rekod yang nampak berdasarkan nota bertulis.
  • Menurut Uthman El-Muhammady - istilah tamadun asal dari kata "madana" yang bererti membina sesuatu bandar atau sebuah kota, atau seorang/masyarakat yang mempunyai peradaban. Oleh itu, perkataan tamadun boleh diertikan kepada keadaan hidup seseorang bermasyarakat yang bertambah maju ke hadapan.
1.2 Menurut Bahasa Inggeris

    - Istilah Culture
  • Dikemukan oleh Prof Dr Arnold J. Toynbee
  • Bermakna civilization yang aecara langsung memberi gambaran kepada fikiran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, senibina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat.       
    - Istilah Civilization
  • Asal dari perkataan Latin civitas bermaksud kota atau city
  • Mula diungkap pada abad 18M dan digunakan dalam buku-buku Inggeris pada abad ke 19M.
  • Ini menunjukkan sebelum abad 19M tiada bukti yang jelas bahawa penulis barat mempunyai pemahaman yang tepat dengan maksud civilization.
  • Dari sudut etimologi ia berkait rapat dengan urbanization.
                    Nourouzzaman as Shiddiqi M.A : Culture bererti kebudayaan dan civilization bererti                                peradaban. Istilah culture lebih luas berbanding istilah civilization sebagaimana berikut:-

                    Maksud culture : akal budi manusia yang bersifat batiniah yang mendorong menusia                                mencipta sesuatu seperti kesusasteraan, kesenian, agama, akhlak dan pembangunan-                               pembangunan yang lain untuk meningkatkan pencapaian kehidupan manusia yang lebih                        baik. Jadi culture yang bermaksud kebudayaan ini adalah perkembangan intelektual yang                        memimpin ke dalam kehidupan dari pelbagai lapangan.

                   Maksud civilization - pengolahan akal budi dalam bentuk lahiriyah sahaja seperti                                   mendirikan bangunan pencakar langit, mengirim satelit ke angkasa dan lain-lain. Jadi                               civilization yang bermaksud peradaban mengandungi erti hanya meningkatkan kemajuan                       dalam perkembangan sosial semata-mata.

Definisi menurut Sarjana Barat:

  1. Jacqueta Hawkes - kualiti tinggi yang dimiliki sesuatu masyarakat.  - Diwarisi oleh orang Roman, bandar ciri terpenting.   - teras penilaian Barat, contoh orang Sepanyol jajah bandar orang Aztec anggap mereka telah bertamadun kerana telah wujud bandar sengan segala kemudahan asas.
  2. Collingwood - proses bagi mencapai tahap kehidupan civil @ untuk menjadi civil (sopan) yang menghasilkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu yang memiliki kehalusan budi.
  3. Samuel Johnson - keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadap (barbaric) iaitu mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi.
  4. Gordon Childe - penekanan terhadap pencapaian material. - kewujudan bandar sebagai pengukuran tamadun. - Awal berpendapat tamadun mempunyai maksud sama dengan revolusi perbandaran. Kemudian terima hakikat bandar hasil dan simbol kepada revolusi perbandaran, bermaksud tamadun telah ada sebelum munculnya bandar.
  5. Dr Albert Schwetzer - keseluruhan kemajuan manusia dalam setiap tindakan dan pemikiran yang membawa penyempurnaan kerohanian.
  6. E.B. Taylor - tamadun dan budaya sama kedudukan iaitu merangkumi keseluruhan pencapaian manusia (pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan dll). - Terdapat juga ahli sosiologi berpendapat pertumbuhan bandar bukan ukuran utama mendefinisikan istilah tamadun atau civilization kerana terdapat tamadun tinggi yang muncul tanpa kweujudan sebuah bandar dalam erti kata sebenar contohnya Tamadun Mesir.
1.3 Menurut Bahasa Melayu

        - Istilah Kebudayaan
  • Abu Bakar Hamzah : tamadun sama dengan kebudayaan. Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.
          - Istilah Peradaban
  •  Dr Ismail Hamid dan Muhammad Uthman El-Muhammadi : peradaban itu adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat.
        - Istilah tamadun
  • Kamus Dewan - tamadun adalah suatu keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, polirik dan yang tinggi peradabannya.
  • Istilah tamadun sendiri paling luas dan tepat dengan maksud yang dikehendaki dari istilah lain.
Kesimpulan

Dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetapi nampak jelas kelihatan ianya menunjukkan saling memperkuat dan memperkukuhkan di antara satu sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari prespektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.

Bagaimanapun konsep ketamadunan yang sering difahami masyarakat manusia sekarang lebih menjurus kepada perkara berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata (material) dan lebih buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan dengan simbol-simbol kemewahan. Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibnu Khaldun.

Bolehlah diringkaskan bahwa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk material mahupun spiritual.

    

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post