Nature

FONETIK DAN FONOLOGI

 FONETIK DAN FONOLOGI

fonetik dan fonologi, pak malau

FONETIK

Fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkan pelahiran bahasa bukan kandungannya. Apa yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan dan bukannya makna yang cuba disampaikan 
Bertil Malmberg (1968)

Fonetik ialah ilmu yang bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi-bunyi yang dapat di dengar ini kemudiannya diberi bentuk yang biasa tedapat dalam masyarakat itu sendri.  
J. D. O’Connor 1973

FONETIK

BIDANG YANG MENGKAJI : bunyi bahasa dihasilkan.

BIDANG FONETIK : Fonetik Akustik dan Fonetik Artikulasi  

ILMU FONETIK

  Ilmu Fonetik Am 
       Pengkajian terhadap pengajian bunyi-bunyi  dan fungsi mekanisme ucapan. Apa yang dikaji ialah bagaimana bunyi dihasilkan dan  organ yang terlibat dalam  penghasilan bunyi bahasa.  

 Ilmu Fonetik Deskriptif
       Pengkajian terhadap kelainan bagi sesuatu bahasa  tertentu atau ringkasnya dialek     
  
Ilmu Fonetik Sejarah
       Pengkajian terhadap perubahan fonetik bagi sesuatu bahasa berdasarkan sejarah bahasa tersebut

Ilmu Fonetik Normatif 
      Pengkajian terhadap set rumus yang menentukan pengucapan yang betul bagi sesuatu bahasa. 

FONOLOGI

 BIDANG MENGKAJI : Sistem lambang bunyi  bahasa. 

Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi sistem bunyi atau fonologi itu.
 
Sejak manusia mula membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka dibuatlah supaya huruf melambangkan fonem. Dalam usaha demikian, ada fonem-fonem berlainan yang masih diberi satu lambang yang disebut sebagai fon.

BIDANG FONOLOGI: Analisis Fonem Segmental, Analisis Fitur Distingtif

BIDANG-BIDANG FONETIK

  • Fonetik Akustik


Paru-paru

Udara mesti wujud bagi menghasilkan bunyi melalui organ sebutan manusia. Udara  adalah unsur yang aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Otot-otot disekeliling paru-paru menekan paru-paru supaya mengempis dan udara dipaksa keluar melalui saluran seterusnya ke rongga mulut serta rongga hidung. 

Saluran udara 

Saluran udara bertugas menyalur udara yang dipaksa keluar dari paru-paru melalui pita suara dan seterusnya ke rongga mulut dan rongga hidung.

FONETIK ARTIKULASI



Alat Artikulasi (Organ Sebutan)

Lidah

 Lidah terletak dalam rongga mulut amat aktif digunakan dalam menghasilkan bunyi.  Daun lidah boleh dibahagikan kepada tiga daerah iaitu hujung, depan dan belakang bagi memudahkan kita membuat deskripsi penghasilan bunyi. 

Gigi

Gigi terletak dalam rongga mulut di belakang bibir juga digunakan bagi menghasilkan bunyi. Gigi  sebagai organ sebutan adalah pasif. Ini bermaksud gigi tidak bergerak tetapi digunakan sebagai penampan aliran udara yang  keluar dari paru-paru.



Bibir

Bibir menjadi sempadan paling luar pada rongga mulut. Organ ini ialah kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah-ubah. bentuknya  dengan mengawal otot-otot pada bibir. Otot-otot tersebut boleh dibuat supaya menjadi bundar atau leper bagi menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan.

Gusi    

Gusi ialah bahagian yang cembung di gigi menurun ke bahagian dalam rongga mulut. Gusi juga digunakan sebagai daerah sebutan.

Lelangit Keras

Lelangit keras bemula dari sempadan gusi di bahagian atas rongga mulut hinggalah ke lelangit lembut. Organ ini mengisi lebih kurang 2/3 daripada lelangit. 

Lelangit Lembut 

Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas rongga mulut. Organ ini adalah bahagian lelangit yang terbelakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut ini boleh diturunkan dan dinaikkan bagi menutup atau membuka saluran tekak ke rongga hidung.

Rongga hidung

Rongga hidung ialah ruang yang terdapat di atas rongga mulut dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit. Rongga hidung bermula dari lubang hidung ke tekak. Terlibat dalam menghasilkan bunyi sengauan.


Pita suara

Dalam halkum terdapat sepasang otot selaput nipis ini dikenali sebagai pita suara. Apabila dirapatkan, pita suara liputi ruang rongga rengkung. Lubang di antara dua keeping selaput itu boleh diluaskan atau disempitkan dalam usaha mengeluarkan bunyi.

Pita suara yang nipis ini bergetar apabila mendapat tekanan aliran udara yang keluar dari paru-paru.  Getaran ini menerbitkan bunyi bersuara. Apabila pita suara tersebut dirapatkan  dan tekanan udara dari paru-paru dilepaskan dengan serta merta maka terjadilah bunyi letupan pita suara. Apabila pita suara direnggangkan menjadi separuh terbuka maka tekanan udara dari paru-paru menggetarkan pita suara tersebut. Pita suara yang bergetar penting dalam menghasilkan bunyi.  



Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post