Nature

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

 STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)

ujian segak

Matlamat SEGAK

Murid sentiasa peka, berpengetahuan, dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Objektif SEGAK

Murid dapat:
1. Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;
2. Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;
3. Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;
4. Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan
5. Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Pelaksanaan Ujian SEGAK

1. Semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 WAJIB menjalani Ujian Kecergasan Fizikal yang dicadangkan dalam panduan ini.
2. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut jantina, keupayaan murid, dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.
3. Umur murid dikira pada 31 Disember tahun semasa untuk rujukan norma.
4. Ujian SEGAK bagi setiap murid mesti dilengkapkan pada HARI YANG SAMA. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada bilangan murid dan peralatan.
5. Murid digalakkan membuat latihan ujian SEGAK secara individu, bersama-sama rakan atau keluarga mereka.
6. Bateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut:
     6.1 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI); 
     6.2 Naik Turun Bangku 3 minit;
     6.3 Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi Ubah Suai untuk murid perempuan;
     6.4 Ringkuk Tubi Separa; dan 
     6.5 Jangkauan Melunjur.
7. Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) perlu dibuat SEBELUM melakukan ujian-ujian lain.
8. Ujian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut TURUTAN SECARA BERTERUSAN oleh murid yang sama seperti turutan dalam Ilustrasi 1.
9. SEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
10. Bagi murid yang tidak sihat, ujian SEGAK boleh dilakukan pada hari lain dalam bulan yang sama.

Langkah-Langkah Pelaksanaan Ujian SEGAK

1. Guru memberi taklimat ujian SEGAK kepada murid.
2. Guru atau murid mengukur dan mencatat tinggi dan berat untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan.
3. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan regangan dinamik selepas melakukan Ukuran Indeks Jisim Badan.
4. Murid melaksanakan ujian SEGAK mengikut turutan dan mencatat skor.
5. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan regangan statik selepas tamat ujian Jangkauan Melunjur.
6. Guru membimbing murid merujuk norma setiap item ujian SEGAK untuk mendapatkan skor setiap ujian dan gred.
7. Guru melengkapkan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
8. Guru dan murid merancang dan melaksanakan aktiviti intervensi berdasarkan keputusan ujian SEGAK.
9. Guru merekodkan dapatan dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
10. Guru menyerahkan laporan SEGAK kepada murid dan penjaga.
11. Guru menganalisis dapatan SEGAK.

Tindakan Panitia Pendidikan Jasmani Sekolah

1. Mewujudkan Jawatankuasa Kecil SEGAK.
2. Merancang takwim program SEGAK sekolah.
3. Melantik dan melatih guru sebagai penguji.
4. Mengurus pentadbiran ujian seperti tempat, alatan, dan borang.
5. Memastikan aspek keselamatan semasa pelaksanaan ujian SEGAK.
6. Menyemak laporan pelaksanaan SEGAK sekolah dari sistem PAJSK.
7. Menganalisis dapatan SEGAK.
8. Melaporkan analisis dapatan SEGAK kepada pentadbir sekolah.

Aspek Keselamatan

1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian SEGAK sekiranya:
     1.1 Tidak sihat dan disahkan oleh Pegawai Perubatan; dan
     1.2 Mengidap penyakit kronik dan disahkan oleh Pegawai Perubatan.
2. Semua peralatan SEGAK yang digunakan mesti lengkap, selamat, dan berfungsi dengan baik.
3. Kawasan pelaksanaan SEGAK mesti selamat dan sesuai dengan aktiviti yang hendak dijalankan.
4. Murid hendaklah memakai pakaian Pendidikan Jasmani dan kasut sukan yang sesuai.
5. Guru perlu mengawasi aktiviti murid semasa pelaksanaan SEGAK.

Peralatan Ujian SEGAK

1. Pengukur tinggi.
2. Penimbang berat.
3. Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).
4. Bangku dengan ketinggian 30.5 cm (1 kaki) yang sesuai dan selamat.
5. Jam randik.
6. Metronom atau rakaman metronom 96 detik seminit dan 50 detik seminit.
7. Pemain CD atau komputer.
8. Ruang yang lapang dan rata sama ada di dalam atau di luar dewan.
9. Span berukuran 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi.
10. Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat).
11. Pita pelekat bersaiz 2.5 cm lebar.
12. Pita ukur sekurang-kurangnya 5 meter.
13. Penanda 15 cm seperti straw minuman.
14. Alat pengukur jangkauan dengan ketinggian 30.5 cm dan jarak meletakkan telapak kaki adalah pada 23 cm.
15. Kalkulator.

UJIAN 1
Indeks Jisim Badan (BMI)
Mengukur berat dan tinggi

segak ujian 1

UJIAN 2
Ujian Naik Turun Bangku

ujian segak 2


UJIAN 3a
Tekan Tubi (Murid Lelaki)

ujian 3a segak

UJIAN 3b
Tekan Tubi Ubah Suai (Murid Perempuan)

segak ujian 3b

UJIAN 4
Ringkuk Tubi Separa

segak ujian 4


UJIAN 5
Jangkauan Melunjur

segak ujian 5

Panduan Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)

Pengkelasan Indeks Jisim Badan Bagi Murid Lelaki


Pengkelasan Indeks Jisim Badan Bagi Murid Perempuan


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post